BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

31 October 2011

~ Tanda-tanda orang bijaksana ~


Saidina Othman Ibnu Affan r.a berkata :-

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah :-

  • hatinya selalu berniat suci.

  • lidahnya selalu basah dengan zikrullah

  • kedua matanya menangis kerana penyesalan.

  • segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.

  • mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.


p/s. sekadar untuk renungan bersama. baca dan amal. semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.







............................till we meet again..........................................xoxo..........................

~Pesanan Saidina Umar~


Saidina Umar bin Al-Katab r.a berkata....

  • orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

  • orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan terhina.

  • orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertai.

  • barangsiapa menjaga kehormatan orang lain pasti kehormatan dirinya akan terjaga.



p/s semoga kita sentiasa muhasabah diri n menjadi lebih baik dari sebelumnya...

16 October 2011

~ pesanan Saidina Ali R.A.~


~ tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang kusyu'

~tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri dari perbuatan yang sia-sia.

~Tiada kebaikan dari pembaca al-quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya

~Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri dan berhati-hati dari dosa.

~ Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling saynag-menyayangi.

~Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

~barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak juga salahnya, siapa yang banyak salahnya maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya beerti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati..

wallahu a'alam...selamat beramal.sehingga berjumap lagi di entry yang akan datang.













sumber :annaabadi.











15 October 2011

~ Allah loves me, so am I.~

salam to all readers...


a bunch of thank coz spend ur time to read my blog..

recently, a guy wanna befriend with me, so I just said, it's ok to be just a friend, but more than that I couldn't give any hope...I just be extra careful not to fall in love with mr.wrong.

I did a few of "solat istikharah" and lastly, I got the answer, he was not my mr.right. So, I slowly made a distance from him....

ya, I dunno why it seems hard for me to fall in love with any guys lately...

I always met with mr.wrong but what make me become so thankful is Allah shows me who r he at very early stage of our friendship..

Thank you Allah..

moral of the story, dun easy to fall in love with anyone, u need time to know him/her better. do "solat istikharah" as ur guidance.InsyaALLAh, ALLAH will shows u the truth..











..................salam..till we meet again........................










Hari Yg sesuai untuk potong kuku

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih



















sumber adalah dari facebook.....

08 October 2011

~ ucapkan perkatan yang positif...

salam ahad untuk semua..


pagi tadi saya ade mendengar motivasi kejayaan dr pakar motivasi di tv al-hijrah.

kata2nya sungguh berkesan di hati.

antara nasihat beliau ialah jangan mengucapkan perkataan "tidak mahu" atau "tak nak"

contohnya anda mengucapkan " saya tak nak malas lagi". otak anda akan memproses perkataan malas sahaja. kesannya, anda menjadi malas..sepatutnya anda perlu ucap "saya akan menjadi lebih rajin"..otak anda akan mentafsir rajin itu.kesannya anda betul-betul menjadi rajin.

kesimpulannya, untuk berubah menjadi yang lebih baik, anda perlu berhati-hati mengeluarkan kata2 kerana kata2 anda adalah doa untuk diri anda sendiri.

cuma berlatih dari hari ini untuk tidak menggunakan perkataan TIDAK atau TAK MAHU. sebaliknya, cuba ubah perkataan itu menjadi perkataan yang positif.

sekian....semoga kita berubah untuk jadi yang lebih baik.jadikan hari ini lebih baik dari hari esok.wslm











.......xoxo...................................


07 October 2011

~a very precious web..

If u guys like to download materials from webpage, I strongly suggest u to explore this website



there are so many e-books that u can download.

if u r a teacher, u can download many question papers 4 ur students as well.

thumbs up to the administrator of that website. only Allay can repays ur good deeds.

~rahsia surah yasin

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi 20 keberkatan", iaitu:
* Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
* Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
* Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
* Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
* Jika terpenjara akan dibebaskan.
* Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
* Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
* Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
* Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
* Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
* Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Qurana itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
* Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
* Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
* Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".

~Jangan Kahwini wanita yang enam golongan ini...

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengo...men itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna: Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya. Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja. ---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam

~barangsiapa.....

Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.

Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.

Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusan-Nya.

Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.

Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.

Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.

Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.

Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.

Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.

Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.

- Artikel iluvislam.com

7 golongan..

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

06 October 2011

~vacation in Singapore~


Last month, my colleagues and I were having a great vacation in Singapore.. we went there by an airplane. credit to airasia for fulfilling our dreams. let's pictures speak more than words





we won the award of "BEST TEACHER"...hahaha.
uss
universal studio of singapore

at the most famous road in singapore, orchard road



in front of the well-known globe replica..