BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

03 March 2011

Muhammad insan istimewa

Dibalik Kehidupan insan bernama Muhammad


Kalau ada pakaian yang koyak,

Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh

isterinya.

Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluankeluarga maupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah,

bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk

dimakan,

sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya

untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan: ”Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan,

beliau cepat-cepat berangkat ke masjid,

dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai

sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi.

Tentulah baginda amat lapar waktu itu.

Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.

Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina 'Aisyah belum ke

pasar. Maka Nabi bertanya,

"Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, ”Kalau begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para

sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun

yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi

menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang

mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu

langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung

penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar"

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,

kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan?

Kami yakin engkau sedang sakit..."

desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.

Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis,

kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat

menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan

bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak

punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat

tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, ”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau

korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di

hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,

menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini

sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada

yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang

kelaparan di Akhirat kelak.

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan

di sebelah seorang tua

yang penuh kudis, miskin dan kotor.

Hanya diam dan bersabar

bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab

Badwi hingga berbekas merah di lehernya.

Dan dengan penuh rasa kehambaan

baginda membasuh tempat

yang dikencingi si Badwi di dalam masjid

sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt

dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw

menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH

tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain,

ketika di depan umum maupun dalam keseorangan.

Ketika pintu Syurga telah terbuka,

seluas-luasnya untuk baginda,

baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,

terus-menerus beribadah,

hingga pernah baginda terjatuh,

lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

Fisiknya sudah tidak mampu menanggung

kemahuan jiwanya yang tinggi.

Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin

Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah

begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang

hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-

Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda, "Sampaikan pesanku walau sepotong ayat"



wanita umpama pohon semalu

wanita umpama pohon semalu

Pada suatu hari, Rasulullah saw berjalan-jalan

bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.

Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar,

Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu

mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya

pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang

sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada

puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu

itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.

Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada

pohon semalu ini dari 4 aspek :-

Pertama : Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.

Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai

perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua : Semalu mempunyai duri yang tajam untuk

mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu

mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang

wanita muslim.

Ketiga : Semalu juga mempunyai akar tunjang yang

sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna

wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang sangat

kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat : Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila

senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah

ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah

pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon

tumbuhan yang kecil.

Malu itu separuh dari iman....

doa utk ibu bapa


Lelaki idaman saya adalah...
Seorang lelaki yang beriman...
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah...
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam...
Yang sentiasa haus dengan ilmu...
Yang sentiasa dahaga akan pahala...
Yang solatnya adalah maruah dirinya...
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar...
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu...
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang menjaga tuturkatanya...
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya...
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya...
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang...
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang menghormati ibunya...
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga...
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam...
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan...
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat...

Lelaki idaman saya...
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam...
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah...
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara...
Yang menjaga matanya dari berbelanja...
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya...

Lelaki idaman saya...
Tidak pernah membazirkan masa...
Matanya kepenatan kerana penat membaca...
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir...
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan...
Bangunnya subuh penuh kecergasan...
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...

Lelaki idaman saya...
Sentiasa mengingati mati...
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat...
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga...
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik...
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia...
Kerana dia mengimpikan syurga...
Di situlah rumah idamannya...
Dan dia ingin membawa saya bersama...
Dialah lelaki idaman saya...

kerana aku wanita

kerana aku wanita

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya



lembutmu tak bererti
kau mudah dijual beli
kau mampu menyaingi lelaki
dalam berbakti

lembut bukan hiasan
bukan jua kebanggan
tapi kau sayap kiri
pada suami yang sejati

di sebalik bersih wajahmu
disebalik tabir dirimu
ada rahsia agung
tersembunyi dalam diri

itulah sekeping hati
yang takut pada ILLAHI
berpegang pada janji mengabdikan diri

malumu mahkota
yang tidak perlukan singgahsana
tetapi ia berkuasa
menjaga diri dan nama

tiada siapa yang akan
boleh merampasnya
melainkan kau sendiri
yang pergi menyerah diri

ketegasanmu umpama
benteng negara dan agama
dari dirobohkan
dan jua dari dibinasakannya
wahai puteri kusayang
kau bunga terpelihara
mahligai syurga itulah tempatnya.