BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

03 March 2011

wanita umpama pohon semalu

wanita umpama pohon semalu

Pada suatu hari, Rasulullah saw berjalan-jalan

bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.

Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar,

Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu

mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya

pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang

sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada

puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu

itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.

Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada

pohon semalu ini dari 4 aspek :-

Pertama : Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.

Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai

perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua : Semalu mempunyai duri yang tajam untuk

mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu

mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang

wanita muslim.

Ketiga : Semalu juga mempunyai akar tunjang yang

sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna

wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang sangat

kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat : Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila

senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah

ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah

pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon

tumbuhan yang kecil.

Malu itu separuh dari iman....

0 comments: