BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

21 August 2010

~salam ramadan 2010~

ALHAMDULILAH

Hari ni genap hari ke-11 umat Islam seluruh dunia menyambut bulan yang penuh dgn keberkatan ini...

Aku sgt bersyukur kepadamu ya Allah kerana masih punya kesempatan menyambut bulan yang penuh mulia pada tahun ini.

Tahun ni sambutan ramadhan aku sgt sederhana tapi aku sgt bersyukur kerna punya banyak waktu untuk aku melipatgandakan ibadah kepadaNYA..

Walaupun tiada kuih muih n juadah enak, aku bersyukur kerna itu semua memudahkan aku untuk bersolat terawih n bykkan membaca al-Quran. Walaupun solat terawih hanya di rumah, at least aku cuba untuk tidak meninggalkan solat sunat yang amat digalakkan itu.

Entah kenapa, tahun ini aku rasa Ramadhan aku lebih bermakna..

Kerna dgn rahmat n kurniaNYA aku dapat membaca al-Quran 1 juzuk sehari..(hanya Allah yang tahu ketengangan rohani yang aku perolehi bila aku cuba melipatgandakan amal ibadah aku pada bulan yang amat mulai ini).

Semoga apa yang aku lakukan ini berterusan sehingga penghujung Ramadhan..InsyaALLAh

0 comments: